Bayaran Fi Pemprosesan adalah RM50.00 bagi setiap Pemegang Lesen yang dipohon.
Individu yang dibenarkan untuk menandatangani borang hendaklah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah / Pengurusan Syarikat (bagi Sdn Bhd / Bhd).
Pemohon perlu memastikan bahawa borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen lampiran yang berkaitan seperti di senarai semak.
Emel rasmi adalah bagi tujuan penyampaian dokumen menurut seksyen 245 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
APAD berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan.
Mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan diterima.
Borang hendaklah dilengkapkan di dalam portal atas talian dan pembayaran permohonan dikaunter Pejabat Cawangan Operasi APAD yang berhampiran.
APAD berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Maklumat peribadi pemohon tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DALAM PERMOHONAN
Salinan Profil Pengendali (MyData Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Sijil Pendaftaran Koperasi berserta Mesyuarat Agung
Tahunan Terkini / Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Yayasan berserta Laporan Mesyuarat Agung Tahunan
Terkini / Akta Penubuhan sebagai Agensi Kerajaan / Badan Berkanun).
Laporan Pendapatan (Salinan Laporan Teraudit Tahunan yang terkini &Salinan Penyata Bank Tiga (3) Bulan Terkini).
Surat Perlantikan Wakil (Surat Perlantikan Wakil & Salinan Kad Pengenalan Wakil).
Salinan Sijil Perakuan Bomba (Jika ada).
Salinan Certificate of Completeness (CCC) atau Sijil Kelayakan Menduduki (Jika ada).
Salinan Lesen Perniagaan (Jika ada).
Salinan Hak Milik Tanah (Jika ada).
Sijil Pewartaan Tanah sebagai Terminal (Jika ada).
Salinan Pelan Lantai dan Pelan Tapak yang disahkan oleh Arkitek Professional (Jika ada).